Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Wahai Allah!
Rahmatilah dan Kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad
cahaya yang bersinar dan tempat lahirnya rahsiaMu..
Yang telah Engkau baguskan dengan kecantikanNya
dan telah Engkau hiaskan dengan kegemilangan kemuliaanNya.
Engkau bukakan keindahan alam dengan cahaya hakikatNya.
Telah Engkau sempurnakan kesempurnaanNya dengan Rahsia KenabianNya.
Seraya itu,
zahirlah gambar - gambar yang cantik
dek kelimpahan cahayaNya dalam sebaik - baik kejadian.
TanpaNya, mana mungkin zahir akan sesuatu rupa lantaran ketidakwujudanNya..
Oh Kadir Rabbul Jalil..,
tidaklah seseorang yang kelaparan itu meminta pertolongan melainkan ia akan menjadi kenyang..
Orang yang dahaga akan hilang dahaganya..
Orang yang takut bertukar menjadi aman
dan orang yang memohon pertolongan bagi menghilangkan kesedihannya melainkan akan di hulurkan pertolongan itu...
SesungguhNya..., aku ini terasa duka cita
dan aku memohon pertolongan dariMu agar hilanglah kedukacitaan itu.
Maka, hujanilah aku dengan RahmatMu yang Maha luas itu
yang terpancar dari khazanah kemurahanMu..
Bantulah aku ya Rahman...
Wahai Tuhan yang jika Dia memandang kepada hambaNya dengan pandangan kelembutan dan kesempurnaanNya,
maka tidak akan tercatit dosa di sisi dek kerana kebesaran, kelembutan dan keampunanNya..
Ya 'Azim..! ampunilah Daku,
